Thursday, January 31, 2019

Wednesday, January 30, 2019

KATEGORI & TAJUK

  • KATEGORI - Amalan PdP di dalam kelas

     
  • TAJUK -
         DIY Role-Play Method In Comprehending SN2 Mechanism

 

Tuesday, January 29, 2019

ABSTRAK





 



DIY Role-Play Method in Comprehending SN2 Mechanism adalah satu aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah dijalankan di kelas tutoran SM3K2T2 untuk meningkatkan kemahiran pelajar melukis dan menerangkan  mekanisma tindakbalas SN2  dengan tepat. Ujian 1 yang telah diberikan kepada pelajar setelah perbincangan soalan tutoran mendapati 50% (8 orang pelajar) mendapat markah 0 daripada 8 markah penuh dan  hampir 81% pelajar tidak dapat melukis dan menerangkan mekanisma SN2 dengan betul. Aktiviti yang dirancangkan ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu  fasa 1 :pelaksanaan Ujian 1, fasa 2 :aktiviti ‘hands on’ pembinaan model 3D, perbincangan dalam kumpulan serta lakonan tindak balas mekanisma SN2 dan fasa 3 : pelaksanaan Ujian 2 untuk melihat tahap penguasaan pelajar terhadap topik setelah penggunaan teknik ini. Ujian 2 yang dijalankan selepas menjalankan aktiviti ini menunjukkan markah 50% pelajar ini  telah meningkat dengan mendadak kepada 3markah (43%) dan paling tinggi 6 markah.(86%). Pelajar yang tidak dapat menguasai topik ini pada mulanya berjaya menaikkan markah mereka setelah belajar melalui aktiviti ini. Ini bermakana DIY Role-Play Method in Comprehending SN2 Mechanism adalah suatu aktiviti yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar melukis dan menerangkan  mekanisma tindakbalas SN2 dengan tepat bagi subjek SK026, topik 14.0 Haloalkanes, subtopik 14.2 Chemical properties of haloalkanes.


Kata Kunci: kemahiran melukis dan menerangkan  mekanisma tindakbalas SN2  dengan tepat , pelajar SM3K2T2 Kolej Matrikulasi Selangor, aktiviti ‘hands on’ pembinaan model 3D serta lakonan tindak balas mekanisma,markah ujian 1 dan ujian2.

Sunday, January 27, 2019

STRATEGI PELAKSANAAN



 

 Aktiviti /Alat kolaboratif

Do It Yourself Role-Play Method in Comprehending SN2 Mechanism ialah satu aktiviti yang dirancangkan untuk membantu pelajar menguasai topik 14 Haloalkane , subtopik 14.2 Chemical properties of haloalkanes dengan objektif untuk meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan aras pemahaman dan analisis bagi subtopik “SN2 mechanism ’’

Saturday, January 26, 2019

PELAKSANAAN

TARIKH PELAKSANAAN :  2 APRIL 2018

                                   MASA: 2.15 pm - 4.15 p.m

                              TEMPAT : Makmal Kimia 7 , KMS