DIY
Role-Play Method in Comprehending SN2 Mechanism adalah satu aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
telah dijalankan di kelas tutoran SM3K2T2 untuk meningkatkan kemahiran pelajar melukis
dan menerangkan mekanisma tindakbalas SN2 dengan tepat. Ujian 1 yang telah
diberikan kepada pelajar setelah perbincangan soalan tutoran mendapati 50%
(8 orang pelajar) mendapat markah 0 daripada 8 markah penuh dan hampir 81% pelajar tidak dapat melukis dan
menerangkan mekanisma SN2 dengan betul. Aktiviti yang dirancangkan
ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa 1 :pelaksanaan Ujian 1, fasa 2 :aktiviti ‘hands on’
pembinaan model 3D, perbincangan dalam kumpulan serta lakonan tindak balas
mekanisma SN2 dan fasa 3 :
pelaksanaan Ujian 2 untuk melihat tahap penguasaan pelajar terhadap topik
setelah penggunaan teknik ini. Ujian
2 yang dijalankan selepas menjalankan aktiviti ini menunjukkan markah 50%
pelajar ini telah meningkat dengan
mendadak kepada 3markah (43%) dan paling tinggi 6 markah.(86%). Pelajar yang tidak
dapat menguasai topik ini pada mulanya berjaya menaikkan markah mereka setelah
belajar melalui aktiviti ini. Ini bermakana DIY Role-Play Method in Comprehending SN2 Mechanism adalah suatu aktiviti yang boleh digunakan
untuk meningkatkan kemahiran
pelajar melukis dan menerangkan mekanisma tindakbalas SN2 dengan
tepat bagi subjek SK026, topik 14.0 Haloalkanes, subtopik 14.2 Chemical
properties of haloalkanes.
Kata Kunci: kemahiran melukis dan menerangkan mekanisma tindakbalas SN2 dengan tepat , pelajar SM3K2T2 Kolej Matrikulasi Selangor,
aktiviti
‘hands on’ pembinaan model 3D serta lakonan tindak balas mekanisma,markah ujian
1 dan ujian2.
No comments:
Post a Comment